Pada umumnya, konsep pribumi ialah kumpulan etnik yang natif kepada wilayah yang dituntut dan dipertahankan oleh sesebuah negara. Pada spesifiknya ialah penduduk asal negara Malaysia (orang Melayu dan orang Asli Semenanjung, kumpulan etnik pribumi Sabah & Sarawak). Penduduk pribumi ini menghuni semua negeri kecuali Pulau Pinang dan Perlis dan diklasifikasikan mengikut petempatan.
Penduduk di Sabah & Sarawak juga pelbagai. Mereka dapat dibezakan dari segi kawasan tempat tinggal, ekonomi, sosial dan budaya.
Di Sabah, terdapat 23 suku kaum, namun antara suku kaum yang terbesar ialah Kadazan, Bajau, Murut, Suluk dan Orang Brunei.
Sarawak juga didiami oleh pelbagai suku kaum yang setiap satunya mempunyai ciri-ciri tersendiri. Antara suku kaum yang terkenal ialah Melayu, Iban, Bidayuh, Penan dan Kelabit.
Latar belakang penduduk negeri Sabah:
Orang Kadazan
- Kaum yang terbesar bilangannya, juga di kenali sebagai orang Dusun.
- Berasal dari Kalimantan, dan kebanyakannya tinggal di kawasan pedalaman.
- Tertumpu di kawasan lembah Ranau dan lembah Tambunan.
- Kaum yang berasal dari Pulau Mindanao dan Sulu dan dikenali sebagai orang Laut dan orang Samal.
- Tertumpu di kawasan Semporna, Kota Belud, dan Pulau Timbang di Teluk Sandakan
Orang Murut
- Kebanyakkannya tinggal di kawasan pedalaman seperti di Tenom, Rundu dan Pensiangan.
- Terdapat jga di antara mereka yang masih tinggal di rumah panjang dan sering hidup berpindah randah.
Orang Sulu
- Berasal dari kepulauan Sulu dan sekarang tertumpu di sungai Sugut.
- Mereka beragama Islam.
Orang Brunei
- Berasal dari Brunei dan sekarang menetap di Sabah, tertumpu di Beaufort, Kimanis, dan Papar.
- Beragama Islam.
Latar belakang penduduk negeri Sarawak:
Kaum Melayu
- Berasal dari Sumatera.
- Kebanyakkannya tinggal di kawasan persisiran pantai dan beragama Islam.
Kaum Melanau
- Kebanyakannya tinggal di Sungai Igan, Sungai Oya, dan Sungai Mukah.
- Beragama Islam dan banyak mengamalkan budaya Melayu.
Kaum Iban
- Berasal dari Kalimantan (Sungai Kapuas).
- Dikenali sebagai Dayak Laut.
- Suku kaum terbesar dan tinggal di kawasan pedalaman seperti di Sungai Rajang, Sungai Sekrang dan Sungai Batang Lupar.
Kaum Penan
- Kebanyakkannya hidup berpindah randah dan tinggal di hutan.
Kaum Kelabit
- Tertumpu di kawasan Sungai Baram dan Sungai Rejang.
- Perkampungan mereka yang terkenal di Bario.
- Masih ada yang tinggal di rumah panjang.
No comments:
Post a Comment