3.1.1 SEJARAH DAN LATAR BELAKANG MASYARAKAT MALAYSIA
SEBELUM MERDEKA
Tiga kaum yang terbesar dan utama di Tanah Melayu ialah Melayu, Cina dan India. Sebelum penemuan tapak bijih timah oleh Long Jaafar pada tahun 1848, majoriti penduduk di Tanah Melayu terdiri daripada orang Melayu. Hanya sebilangan kecil orang Cina yang datang ke Tanah Melayu sebagai pedagang dan membuka penempatan mereka di Melaka, Kuala Terangganu, Sungai Johor, Sungai Pahang dan Kelantan. Sementara itu, sebilangan kecil orang India yang bekerja sebagai buruh di ladang kopi dan tebu yang terletak di Pulau Pinang dan Seberang Prai.
Pada pertengahan abad ke-19 berlaku penghijrahan masuk kaum Cina dan India secara beramai-ramai ke Tanah Melayu. Fenomena ini berlaku ekoran dasar kolonial British yang membawa masuk kaum-kaum tersebut untuk tujuan dalam sektor ekonomi.
SEJARAH PEMBENTUKAN MASYARAKAT PELBAGAI ETNIK
No comments:
Post a Comment