Thursday, 3 September 2015

INTRODUCTION


PENGAJIAN MALAYSIA 

JABATAN REKABENTUK GRAFIK DAN KOMUNIKASI VISUAL

DIPLOMA REKABENTUK GRAFIK

(POLITEKNIK MUADZAM SHAH PAHANG)
SESI JUN 2015
NAMA PENSYARAH : PN FATMA ADNI
  • NUR AMAL LIYANA BT BASHARUDIN 19DRG15F1029 (DRG1A)
  • AFIQAH BT AZAHAR 19DRG15F1059 (DRG1A)
  • AMIRAH AQILAH BT M. FIRDAUS 19DRG15F1007 (DRG1A)
  • NUR HAZIQAH IZZATI BT MOHD HAIR 19DRG15F1033 (DRG1A)
  • MARISSA NUR AYU BT EFRI 19DRG15F1012 (DRG1B)

3.1.1 SEJARAH DAN LATAR BELAKANG MASYARAKAT MALAYSIA

SEBELUM MERDEKA

     Tiga kaum yang terbesar dan utama di Tanah Melayu ialah Melayu, Cina dan India. Sebelum penemuan tapak bijih timah oleh Long Jaafar pada tahun 1848, majoriti penduduk di Tanah Melayu terdiri daripada orang Melayu. Hanya sebilangan kecil orang Cina yang datang ke Tanah Melayu sebagai pedagang dan membuka penempatan mereka di Melaka, Kuala Terangganu, Sungai Johor, Sungai Pahang dan Kelantan. Sementara itu, sebilangan kecil orang India yang bekerja sebagai buruh di ladang kopi dan tebu yang terletak di Pulau Pinang dan Seberang Prai.

     Pada pertengahan abad ke-19 berlaku penghijrahan masuk kaum Cina dan India secara beramai-ramai ke Tanah Melayu. Fenomena ini berlaku ekoran dasar kolonial British yang membawa masuk kaum-kaum tersebut untuk tujuan dalam sektor ekonomi.

SEJARAH PEMBENTUKAN MASYARAKAT PELBAGAI ETNIK

PENDUDUK PRIBUMI SABAH DAN SARAWAK


   Pada umumnya, konsep pribumi ialah kumpulan etnik yang natif kepada wilayah yang dituntut dan dipertahankan oleh sesebuah negara. Pada spesifiknya ialah penduduk asal negara Malaysia (orang Melayu dan orang Asli Semenanjung, kumpulan etnik pribumi Sabah & Sarawak). Penduduk pribumi ini menghuni semua negeri kecuali Pulau Pinang dan Perlis dan diklasifikasikan mengikut petempatan.

   Penduduk di Sabah & Sarawak juga pelbagai. Mereka dapat dibezakan dari segi kawasan tempat tinggal, ekonomi, sosial dan budaya.
   Di Sabah, terdapat 23 suku kaum, namun antara suku kaum yang terbesar ialah Kadazan, Bajau, Murut, Suluk dan Orang Brunei.
   Sarawak juga didiami oleh pelbagai suku kaum yang setiap satunya mempunyai ciri-ciri tersendiri. Antara suku kaum yang terkenal ialah Melayu, Iban, Bidayuh, Penan dan Kelabit.

Latar belakang penduduk negeri Sabah:


Orang Kadazan
  • Kaum yang terbesar bilangannya, juga di kenali sebagai orang Dusun.
  • Berasal dari Kalimantan, dan kebanyakannya tinggal di kawasan pedalaman.
  • Tertumpu di kawasan lembah Ranau dan lembah Tambunan.

Orang Bajau
  • Kaum yang berasal dari Pulau Mindanao dan Sulu dan dikenali sebagai orang Laut dan orang Samal.
  • Tertumpu di kawasan Semporna, Kota Belud, dan Pulau Timbang di Teluk Sandakan

Orang Murut
  • Kebanyakkannya tinggal di kawasan pedalaman seperti di Tenom, Rundu dan Pensiangan.
  • Terdapat jga di antara mereka yang masih tinggal di rumah panjang dan sering hidup berpindah randah.

Orang Sulu
  • Berasal dari kepulauan Sulu dan sekarang tertumpu di sungai Sugut.
  • Mereka beragama Islam.

Orang Brunei
  • Berasal dari Brunei dan sekarang menetap di Sabah, tertumpu di Beaufort, Kimanis, dan Papar.
  • Beragama Islam.



Latar belakang penduduk negeri Sarawak:

Kaum Melayu
  • Berasal  dari Sumatera.
  • Kebanyakkannya tinggal di kawasan persisiran pantai dan beragama Islam.

Kaum Melanau
  • Kebanyakannya tinggal di Sungai Igan, Sungai Oya, dan Sungai Mukah.
  • Beragama Islam dan banyak mengamalkan budaya Melayu.

Kaum Iban
  • Berasal dari Kalimantan (Sungai Kapuas).
  • Dikenali sebagai Dayak Laut.
  • Suku kaum terbesar dan tinggal di kawasan pedalaman seperti di Sungai Rajang, Sungai Sekrang dan Sungai Batang Lupar.
Kaum Penan
  • Kebanyakkannya hidup berpindah randah dan tinggal di hutan.

Kaum Kelabit
  • Tertumpu di kawasan Sungai Baram dan Sungai Rejang.
  • Perkampungan mereka yang terkenal di Bario.
  • Masih ada yang tinggal di rumah panjang.

ETNIK CINA



Jumlah penduduk Cina yang terbanyak terdapat di Malaysia ialah Pulau Pinang, Melaka, Perak,
 Selangor, Sarawak, Sabah dan Johor.

Cina mengamalkan agama:
1. Agama Buddha
2. Taoisme
3. Konfucianisme
4. Kristian
5. Islam 
6. Hindu 
7. Iktikad Baha’i
8. Atheisme
9. Freethinker



SEJARAH


Kebanyakan pendatang Cina di Tanah Melayu berasal dari cina selatan, terutamanya wilayah Fujian dan Guangdong. Pada abad ke19, kebanyakan mereka datang utk bekerja sebagai “buru terikat”
melalui perjanjian bertulis (indentured labour) dikenali sebagai kuli. Yang selalunya dtg secara bebas utk bekerja dan didukung oleh persatuan suku kaum. Populai orang cina di Tanah Melayu mencecah 269,854 pada tahun 1911 dan kira-kira sejuta sekitar 1949.



KELOMPOK ETNIK TERDEKAT PERANAKAN


Orang Cina Malaysia ialah orang Cina luar negara yg menjadi warganegara atau penduduk tetap di
Malaysia. Kebanyakan mereka ialah keturunan pendatag dari Cina yg tg tiba di malaysia sekitar abad ke15 hingga petengahan abad ke20. Di Malaysia, lazimnya kaum ini dirujuk sebagai “org Cina” 
dalam semua bahasa. Istilah orang cina Malaysia agak jarang dipakai di negara ini.

Pendatang cina awal sejak abad ke15 di Melaka&abad ke18 di Pulau Pinang membentuk suku kaum Cina peranakan atau Cina selat yg memeluk kebanyakan adat melayu secara takat-takat yg berbeza
ia terhad di Pulau Pinang&menyeluruh di Melaka. Berbahasa Melayu tetapi mengekalkan amalan 
agama Cina.

Kaum Cina di Malaysia mengekalkan komuniti jarang berkawin dgn org Melayu atas sebab agama 
dan budaya. Ini adalah kerana banyak orang Melayu yang beragama islam. Di bawah undang-undang Malaysia, perkahwinan sedemikian memerlukan pihak bukan islam utk memeluk agama 
pasangannya. Kebanyakan org Cina Malaysia menganggap “kecinaan” mereka sebagai satu identiti 
etnik, budaya dan politik.

Org Cina Malaysia sejak sekian lama mendominasi ekonomi Malaysia, tetapi semenjak adanya DasarEkonomi Baru yg diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia utk memberi kemasyarakatan dalam 
ekonomi negara dominasi mereka dalam ekonomi menyusut. Sungguhpun demekian, mereka masih membentuk majoriti golongan berpendapatan sederhana dan tinggi di Malaysia. Pada tahun 2006, 
terdapat 7-7.5 juta org Cina di Malaysia. Hingga 2004 mereka menjadi bangsa terkaya di Malaysia 
dgn penguasaan 40.9 peratus jumlah ekuiti hak milik ekonomi negara.

SUKU DIALEK

Etnik Cina di Malaysia terdiri daripada beberapa suku dialek. Terdapat enam kumpulan dialek utama Hakka, Kantonis, Hokkien, Teochew, Hainan dan Hokchiu. Orang yg etrgolong dalam kumpulan 
dialek tertumpu dlm bahagian komuniti berbeza di Malaysia.

Orang Hakka membentuk kumpulan dialek terbesar di Malaysia Timur (sabah&sarawak), bahagian-bahagian di Johor terutama dikuil, selangor, kuala lumpur dan pahang. Suku dialek terbesar ialah 
Johor Bahru dan Perak. 

Suku Kantois membentuk suku dialek terbesar di selangor, kuala lumpur, Pahang, Negeri sembilan 
dan Perak di mana golongan ini membentuk peratusan besar dalam populasi. Suku Kantonis juga 
membentuk suku dialek terbesar di Johor Bahru dan Sandakan, Sabah. Sandakan pernah digelar 
“Hong Kong Kecil” kerana bandar pernah dijadikan tempat tinggal kedua bagi kebanyakan 
pendatang dari  Guangdong, di mana pemandangannya menyerupai Hong Kong pada 1970an 
dan 1980an. Media bahasa kantonis jga disiarkan dalam saluaran televisyen Malaysia terutama
RTM2&8TV.

Sementara itu, suku Hokkien membentuk suku dialek terbesar di Pulau Pinang, Melaka, Kedah, 
Terengganu, Kelantan, Selangor (terutama di klang dan kawasan pantai Selangor serta johor barat. 
Bahasa Hokkien juga ditutur di ibu negeri Sarawak iaitu Kucing. Kebelakangn ini saluran televisyen Malaysia menampilkan rancangan bahasa Hokkien dari Taiwan utk mengimbang kandngan 
dialek-dialek Cina dlm media Malaysia.

Suku Teochew ditumpukan di beberapa bahagian tertentu di Pulau Pinang, kebanyakan pulau-pulau
di Sabah dan Johor selatan, terutama Johor Baharu dan Pontian.









SEJARAH ORANG INDIA DI TANAH MELAYU

 Orang India Malaysia ialah satu kaum di Malaysia yang berketurunan daripada mereka yang berhijrah dari India Selatan semasa pemerintahan British di Tanah Melayu.



SEJARAH ORANG INDIA
Orang-orang India telah berhijrah ke Malaysia sejak 2,000 tahun yang lalu. Kumpulan-kumpulan seperti komuniti Chitty Melaka dan komuniti Mamak merupakan keturunan penghijrah semasa Kesultanan Melaka dan kemudiannya semasa pendudukan Melaka oleh orang Portugal dan Belanda. Perolehan Negeri-negeri Selat — Pulau Pinang, Melaka dan Singapura — oleh pihak British antara tahun 1786 hingga 1824 memulakan satu aliran masuk tidak putus-putus yang terdiri daripada buruh, pedagang, supai, dan banduan yang melibatkan diri dalam bidang pembinaan, pertanian dagangan, pertahanan, dan perdagangan. Bagaimanapun, penghijrahan orang India secara beramai-ramai dari subbenua India ke Tanah Melayu menyusul:
peluasan pemerintahan British ke negeri-negeri Melayu yang terletak di pantai barat sejak dekad 1870-an; dan pertumbuhan ekonomi perladangan getah yang kemudian.  Penduduk India di Tanah Melayu dan Singapura sebelum kemerdekaan terdiri terutamanya daripada orang dewasa lelaki yang meninggalkan keluarga mereka di India and Sri Lanka. Oleh itu, dengan kedatangan dan kepulangan mereka, bilangan penduduk India naik turun dengan kerap. Pada tahun 1901, bilangan penduduk India di Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu ialah lebih kurang 120,000. Menjelang 1931, bilangan ini telah bertambah menjadi 640,000 di Tanah Melayu dan Singapura, dan di negeri Selangor, bilangan mereka melebihi orang Melayu pada tahun itu. Bilangan penduduk India hampir-hampir tidak berubah sehingga 1947 disebabkan mereka pergi ke Myanmar semasa pendudukan Jepun sebagai rekrut untuk Angkatan Tentera Kebangsaan India, dan kuli untuk Landasan Kematian. Pada tahun 2005, orang India merupakan lebih kurang 7% daripada jumlah penduduk di Malaysia (sekitar 1.8 juta).

Perkataan Tamil dalam Bahasa Melayu
Elemen budaya penting dalam menjalankan perdagangan pada zaman dahulu. Sejarahwan J.V. Sebastian, K.T. Thirunavukkarasu, dan A.W. Hamilton merekod bahawa Tamil merupakan bahasa yang digunakan dalam perdagangan di Malaysia dan Indonesia semasa zaman dahulu.

Kata-kata Tamil dalam bahasa MelayuPinjaman dari bahasa Tamil termasuk kata-kata harian seperti:. 

Bahasa Tamil Bahasa Melayu
akka      kakak
kadai                               kedai
kappal      kapal
katikam      ketika
muthu      mutiara
nagaram      negara
purva      purba
suniyam      sunyi
udayam      udaya
vakai      bagai

bhumi

      bumi



ETNIK MELAYU ( KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN )






Ramai daripada orang melayu di Semenanjung Tanah Melayu pada hari ini adalah keturunan daripada mereka yang berasal daripada Kepulauan Indonesia, Perlu diingat bahawa kedatangan mereka di Semenanjung Tanah Melayu di zaman itu ( sebelum penjajahan ) merupakan perpindahan biasa diantara satu kawasan Melayu ke kawasan Melayu yang lain.

5 JENIS KAUM DAN LATAR BELAKANG

ORANG JAWA -  Penghijrahan beramai-ramai akibat dasar transmigrasi   
                                Belanda, iaitu perpindahan penduduk daripada Pulau                 
                                Jawa.
                         -      Terdiri daripada perkerja ladang kopi, getah dan kawasan tanah                                       baru.                 
                         -       Tahun 1930 terdapat 170,000 orang jawa di Singapura.    
                         -       Orang Jawa di tanah melayu , Johor ( Muar, Batu Pahat dan                                             Pontian ) ,  Selangor ( Klang, Kuala Selangor, Kuala Langat )                                         Perak, ( Hilir Perak,  Krian, Parit Buntar ).      

ORANG BANJAR  -  Berasal daripada daerah Banjarmasin, Kalimantan.    
                                        -     Terlibat dalam perusahaan tanaman padi.
                                        -      Tahun 1931, bilangan penduduk Banjar di tanah melayu ialah                                         45,382 orang.
                                        -     Penduduk Banjar mendiami kawasan pinggir pantai dan                                                   lembah-lembah sungai seperti Kerian, Parit Buntar (Perak),                                             Sabak Bernam (Selangor) dan Batu Pahat (Johor).

ORANG BUGIS    – Berasal daripada Sulawesi.
                                    -        Golongan peniaga, di tanah melayu ramai menetap di Perak,                                          Selangor, Pahang dan Johor.

ORANG BOYAN – Berasal daripada Pulau Boyan.
                                     -  Kebanyakan mereka berhijrah ke Singapura, Ipoh, Kuala                                                  Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang.
                                     -      Mereka ramai di kawasan bandar kerana mempunyai keahlian                                         memelihara kuda lumba.

ORANG MINANGKABAU  -   Berasal daripada Sumatera.
                                                         -         Di Negeri Sembilan dan Melaka mereka di kenali                                                             sebagai Adat Perpatih.
                                                         -       Terlibat dalam perniagaan dan pertanian.